Isnin, 4 Mac 2024

Simpan Emas Sebagai Back up Belanja Hangus.

 

TIPS SIMPAN EMAS


1 bulan 1 dinar

Mulakan dengan 1 dinar yang pertama. Simpan 1 dinar lebih mudah kerana harga lebih murah dan mampu milik.

Konsisten

Nak jadi penyimpan emas yang berjaya perlu konsisten. Biar kecil tetapi konsisten setiap bulan. Tidak perlu lihat pada harga kerana sebagai penyimpan, harga naik atau turun tetap perlu buat simpanan.

Simpan dulu baru belanja.

Setiap kali dapat duit atau bonus, simpan dulu baru belanja. Selamatkan duit dengan tukar kepada emas. Simpanan akan kekal lebih lama apabila tukar dalam bentuk emas.

Simpan dan lupakan. (Forgotten saving)

Bila kita dah mula simpan emas, setiap bulan kita simpan dan lupakan. Ini bukan bermaksud lupakan terus simpanan yang kita ada, tetapi kita jangan fikir nak sentuh simpanan itu. Itu adalah simpanan masa depan. Bila keadaan memaksa, baru ingat kembali simpanan itu sebagai dana kecemasan.

Simpan emas bukan untuk orang kaya-kaya. Semua orang boleh simpan emas.

#simpanemaskalisinflasi

#konsistensimpan1gram1bulan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

JIMAT DANA HAJI DENGAN EMAS

𝐉𝐈𝐌𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐇𝐀𝐉𝐈 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐄𝐌𝐀𝐒 Sama ada kita suka ataupun tidak, inilah realiti hari ini yang terpaksa kita ...