Pelaburan emas bukanlah pelaburan jangka pendek. Pelaburan emas adalah pelaburan jangka masa panjang dan mengambil masa sekurang-kurangnya tiga tahun ke atas bagi menampakkan hasil keuntungannya. Setiap pelaburan memerlukan ilmu dan pengalaman untuk mendapat keuntungan yang maksima.
Kebanyakan pelabur emas membeli emas kerana ikut-ikut atau setelah mendengar khabar tentang keuntungan pelaburan emas. Apabila harga emas turun mereka menjadi tidak senang kerana tidak mendapat untung. Inilah yang dikatakan simpan emas tanpa ilmu. Bagi penyimpan emas yang berilmu, bila harga rendah mereka mengambil peluang untuk menambahkan lebih gram emas. Mereka dapat barnag mahal, pada harga rendah. Menguntungkan bukan?
Bagi penyimpan yang tak sabar ketika menabung emas, ramai pelabur yang telah terjebak dengan menyertai skim pelaburan emas haram atau skim cepat kaya. Skim ini menjanjikan pendapatan lumayan, cepat, tetap setiap bulan. Disebabkan tiada ilmu dan tamak menyebabkan kerugian atau bebanan bayar hutang tanpa ada emas.
Perlu diingatkan gais pelaburan emas adalah pelaburan yang menguntungkan jika kita mempunyai ilmu yang cukup. Beli emas mesti dapat emas. Tiada istilah beli emas dapat pulangan wang bulanan. Jadi buat tindakan yang bijak dengan mencari ilmu terlebih dahulu.
Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu sila komen "nak mulakan simpan emas" ke wasap saya di www.wasap.my/01110044066
Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!
#PublicGold
#PGG100Network
Tiada ulasan:
Catat Ulasan